Kisarkansemua bahan kisar sehingga lembut. 2. Panaskan minyak masak, minyak sapi dan Planta dalam rice cooker. 3. Tumiskan buah lawang, buah pelaga dan kayu manis. 4. Masukkan daun pandan. 5. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi.
Sayahendak menghabiskan baki hati dan mempedal serta kacang panjang yang saya beli di Pasar Taman Tun. Boleh baca entri entri Kacang Panjang dengan Hati Ayam Goreng yang sedap giler itu di SINI. Hahaha. Saya memasak sebaik tiba di rumah, jadi masih tak sempat tukar baju. Masih dengan baju pejabat gitew.
ResepiBiskut Arab Azie Kitchen. Boleh Anda cuba sendiri, berikut Resepi biskut arab azie kitchen Chicken wings are ideal for this technique Kita mahu kacau sampai sebati saja bukan sampai kembang gebu. Biskuit - Wir haben 1014 schöne Biskuit Rezepte für dich gefunden Resepi biskut arab azie kitchen Biskut Kanak-Kanak Suka Oreo Nutella Tart
rendangdaging azie kitchen RENDANG DAGING RESEPI: Menu Hari Raya Haji. Resepi Ayam (35) resepi ayam bakar (7) Resepi Ayam Berkuah tanpa santan (5) Resepi Viral Mudah dan Sedap (82) Segalanya Tentang Halal (1) Segalanya tentang kulit (18) SERUM MUKA (1) Shah Alam (1)
Vay Tiền Nhanh Chỉ Cần Cmnd Nợ Xấu. 9/29/2015 Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam. Hari Raya kali ini agak mendukacitakan bila mendapat tahu pemergian ke Rahmatullah Ustaz Abdul Rasyid dari Tahfiz Ar Rasyid Sg Udang Kelang. Kematian pasti terjadi kepada semua makhluk yang bernyawa. Kita yang masih hidup, perlu menggunakan peluang yang ada untuk menambahkan amalan soleh sebelum kita menyesal. Bila menyentuh bab menyesal, saya ingin kongsikan bahawa saya memang tengah kemaruk hendak membeli handbag baru. Saya rasa amat menyesal kerana beberapa tahun dahulu, kawan saya Dr Mazlina mahu tolong membelikan handbag di Heathrow dengan harga RM6500 tetapi ketika itu, saya teragak agak. Beliau pula hampir berangkat balik. Masa tu, belum ada whatsApp, cuma berkomunikasi melalui email. Email pula bukan terus delivered, kena tunggu beberapa minit. Sekarang harganya telah melebihi dari RM15000. Jadi setiap kali teringat peristiwa ini, saya akan rasa sangat menyesal kerana tidak membeli bag tersebut ketika itu. Dalam masa yang sama, saya berkata sendirian, bagaimana pulak, jika selepas mati, menyesal selama lamanya kerana tidak membuat amalan soleh yang banyak ketika hidup di dunia? Bayangkan dengan urusan dunia pun saya boleh menyesal bertahun tahun. Sebelum kita menyesal, lebih baik kita mula berbuat sesuatu mulai sekarang. Berbalik kepada bab Aidil Adha, saya selalu mendengar ucapan yang mengatakan di Kelantan Hari Raya Adha yang meriah. Pada mulanya saya pun tak mengerti mengapa ianya dikatakan begitu. Adakah kerana ianya diberi cuti selama 2 hari bagi hari Raya Aidil Adha. Hanya setelah ada sedikit ilmu barulah saya faham yang bagi umat Islam seharusnya hari raya Aidil Adha yang disambut dengan meriah kerana adanya ibadah korban yang dibuat pada 10 hingga 13 Zulhijjah. Berkorban adalah ibadah sunat yang sangat dituntut kepada semua yang mampu untuk melakukannya setiap tahun sebgai tanda kesyukuran kepada Allah. Saya menyediakan Rendang Ayam ini untuk dimakan dipagi raya bersama dengan lemang yang hubby tempah. Bercakap pasal hidangan pagi raya, adalah diingatkan bahawa adalah sunat untuk kita tidak bersarapan sebelum mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidil Adha berbeza dengan Hari raya Aidil Fitri di mana kita disunatkan makan terlebih dahulu. Berbalik pada rendang, sebenarnya memasak rendang ini sangat mudah dan cepat. Sesiapa pun boleh memasak rendang. Rendang adalah masakan baru pada saya kerana sejak kecil, kami tidak pernah memasak rendang. Setelah bekerja, berhijrah ke Kuala Lumpur dan berkahwin, barulah saya mengenali masakan rendang. Boleh sahaja jika ingin menggunakan bawang merah yang dihiris, tetapi saya tidak punya banyak masa kerana berkesempatan memasak hanya di malam raya. Badan pun telah kepenatan setelah seharian bekerja. Jadi semua bahan hanya dikisar sahaja. Kali ini saya meletakkan buah keras untuk menambah lemak seperti mana juga saya memasukkan buah keras dalam sambal tumis. Jom layan resepi mudah yang saya gunakan pada hari ini. Rendang Ayam Mudah dan Sedap 1 ekor ayam 1 kilo santan - guna 1 santan kotak 2 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit - dihiris halus Minyak untuk menumis Garam Gula/gula merah 20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar 2 labu bawang besar 6-8 ulas bawang putih 2 inci kunyit hidup 4 batang serai 3 inci halia 3 inci lengkuas 2 biji buah keras Cara-cara Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
Sebelum kita berkongsi bab resepi, saya ingin kongsikan berkenaan cubaan pecah masuk rumah kami hari Sabtu malam Ahad yang lalu. Taktik penyamun sekarang bila masuk ke kawsan perumahan, akan memberitahu guard di security check point untuk pergi ke rumah VIP yang tinggal dalam kawasan tersebut. Mereka memandu kereta mewah Alphard yang dipandu oleh wanita yang wajah persis wanita dari negara Timur Tengah. Mereka juga melakukan cubaan ini dalam pukul - malam, bukan lagi pagi hari seperti dahulu. Kami bernasib baik kerana ada jiran jiran yang sangat prihatin antara satu sama lain. Jiran saya yang ketika itu sedang berbasikal bersama isteri beliau, melihat kereta diberhentikan di tepi rumah kami. Apabila jiran kami menghampiri, kereta tersebut dipandu dalam keadaan tergesa gesa dan tidak berhenti melihat kereta yang bergesel kuat dengan tepi jalan. Ianya menambah curiga jiran kami yang mula meninjau sekeliling dan ternampak ada kepala manusia di dalam longkang tepi dinding pagar kami. Jiran kami berpura pura tidak nampak dan berhenti agak jauh untuk terus memerhati dan melaporkan pada security. Penyamun tersebut kemudian melarikan bila melihat guard datang. Mereka bertiga bersenjatakan pisau dan memakai ski mask. Lemah menggigil lutut saya bila mendapat panggilan dari jiran. Saya ketika itu berada di Tropicana Medical Centre TMC melawat Dato Salehuddin yang menerima rawatan di situ. Hanya Boy dan Nelly sahaja yang ada di bilik masing masing ketika itu. Saya berkongsi pengalaman ini sebagai peringatan untuk kita semua supaya lebih berhati hati dengan taktik yang digunakan oleh manusia yang bertopengkan iblis ini. Setiap kali keluar dari rumah, saya akan membaca doa yang diajar oleh arwah Bonda iaitu, "Bismillahi tawakkaltu 'alallahi walaa haula walaa quwwata illa, billaahil aliyil adzhiim". Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya. Barang siapa keluar dari rumahnya, lalu membaca zikir di atas, maka malaikat akan berkata kepadanya “sungguh kamu telah diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, dicukupkan dalam segala keperluanmu dan dijaga dari semua keburukan”, sehingga setan-setanpun tidak bisa mendekatinya, dan setan yang lain berkata kepada temannya Bagaimana mungkin kamu bisa mencelakakan seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga oleh Allah Ta’ala?” Ada ketika saya akan membaca ayat kursi ketika melangkah dari pintu rumah ke pintu pagar sebelum masuk ke kereta. Sebenarnya tiada daya dan kekuatan untuk kita melainkan pertolongan Allah. Jadi saya menyerahkan semuanya pada Allah. Ustaz Ibrahim Muhammad berpesan juga supaya dibaca sebelum tidur 2 ayat 284-286 terakhir Surah Al Baqarah sebagai pendinding rumah di samping doa yang telah saya amalkan di atas. Keesokannya ketika pergi mengaji, kami singgah makan di gerai Kelantan sebelah kuaters Kastam Kelana Jaya. Memang dah lama kami tak bersarapan di situ, sejak kemaruk makan pulut dengan kelapa parut dan ikan masin di Restoran Jaya. Ternampak Kak Rokiah, tuan punya gerai yang menjual masakan Nogori yang saya belajar Rendang Cili Padi Nogori di SINI dan di SINI. Saya pergi menegur dan bersembang sembang berkenaan rendang yang diajar. Balik dari mengaji, kami bergegas ke Tropicana Medical Centre kerana YAB Dato Seri Azmin Ali Menteri Besar Selangor akan melawat Dato Salehuddin. Lama juga MB meluangkan masa di situ. Beliau ditemani oleh Setiausaha Politik beliau, CEO dan Pengarah TMC. Masa balik ke rumah saya teringat utnuk memasak Rendang Cili Padi Nogori kerana teringat ada stok ayam yang dah lama tersimpan. Lagi pulak rendang boleh disimpan lama di dalam freezer untuk dimakan oleh anak anak yang memang ada di rumah. Saya memasak memang ikut gerak hati. Rasa nak tumis, saya tumis. Rasa nak masak bahan kisar terus dengan ayam pun boleh. Begitu juga bahan bahan. Ada kala saya hiris, ada ketika saya kisar semua sekali. Ada juga separuh hiris dan separuh dikisar. Semua ikut gerak hati waktu di dapur. Tiada satu kaedah yang tetap dalam menyediakan Rendang. Tapi saya biasanya suka menghiris sebahagian bawang bawang, jika tidak dalam keadaan tergesa gesa. Tapi hari ini kerana tergesa gesa untuk ke TMC semula, saya kisarkan sahaja semuanya. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Jika suka serdak rendang yang banyak, boleh tambah lagi kuantiti bahan yang digunakan. Tambahkan juga santan. Memasak bukan seperti membuat kuih muih, boleh juga ditambah dan dikurangkan bahan. Jika rasa kurang kerisik, tambah kerisik, rasa kurang masin tambah garam. Begitulah umpamanya. Rendang Cili Padi Nogori 1 ekor ayam 1 - 1 1/2 kotak santan kotak 2 - 4 batang serai - ketuk 2 sudu besar cili kering kisar - opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan 1 keping asam keping 4 keping daun limau purut - opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja 1 sudu besar kerisik Garam Gula Sedikit serbuk kunyit - jika perlu Minyak untuk menumis Bahan kisar 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup 1 inci halia 7-10 tangkai cili padi kampung - boleh tambah 4 hirisan nipis lengkuas Cara cara Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut. Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini. Saya memang suka rasa dan bau daun limau purut. Atau boleh juga masukkan daun kunyit. Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.
7/11/2017 Saya pernah beli Pulut Kuning dan Rendang yang dijual oleh Zarina Zainuddin. Saya kagum melihat kegigihan beliau berniaga pulut kuning demi menyara keluarga. Bila melihat Pulut Kuning yang dijual oleh Zarina Zainuddin, saya menjadi teringin untuk membuatnya. Maklum jika dibeli, harga satu bekas ialah RM15. Jadi lebih jimat jika dibuat sendiri. Kebetulan pula, besan kami datang beraya. Jadi saya memberitahu Nana yang saya ingin memasak pulut kuning dan rendang ayam ketika kami merancang menu yang ingin disediakan. Menu lain lain, Nana dan Juita dengan dibantu oleh Boy yang menyediakan. Boleh klik untuk melihat langkah demi langkah secara bergambar yang saya sediakan di SINI dan SINI. Saya belajar dari kakak ipar saya yang santan perlu masin, supaya bila bergaul dengan pulut, akan menjadi secukup rasa. Mesti masin "pperak", kalau istilah orang Kelantan. Seolah masin yang terlebih masin atau sangat masin lah. Saya mengesyorkan anda mencuba menyediakan sendiri Pulut Kuning kerana kalau dulu dulu, pulut kuning disediakan oleh orang tua tua. Kita tak ambil peduli nak belajar, bila dah tak ada orang tua tua, kitalah yang kena menyediakan sendiri pulut kuning bagi mengekalkan makanan tradisi orang Melayu. Pulut kuning hari ini dimakan dengan dicicah dengan Rendang Ayam. Entah kenapa rendang ayam saya hari ini rasa tersangat win. Mungkin rendang ayam paling sedap tahun 2017. Hahaha kerana saya belum lagi memasak rendang tahun ini. Rendang ayam ini telah dibuat sedikit modifikasi. Tunggukan bila saya update blog untuk resepi dan juga video penyediaannnya. Jom layan resepi yang saya tulis semula di bawah ini dan layan video yang telah saya kongsikan dalam Instagram Azie Kitchen untuk video penyediaan dan juga youtube Azie Kitchen channel di SINI dan untuk video Pulut kuning di SINI. Bagi yang belum follow facebook Azie Kitchen, boleh klik link di SINI. Pulut Kuning Kukus Yang Lembut 500 gram beras pulut susu 1 keping asam keping - untuk menjadikan pulut berkilat 1 sudu besar kunyit serbuk - opsyenal 1 inci kunyit hidup - tumbuk dan tapis air 1 -2 cawan santan pekat - boleh tambah Sedikit minyak masak, jika guna santan kotak - opsyenal Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna. Kacau kacau supaya warna rata. Lepas tu, baru masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1 - 2 jam, bergantung kepada jenis beras pulut. Jika beras pulut susu, sekejap sahaja sudah memadai. Semasa direndam kacau beberapa kali supaya warna sekata. Boleh juga masuk sedikit minyak masa merendam pulut. Panaskan pengukus hingga air mendidih. Tos beras pulut. Masukkan ke dalam periuk pengukus yang telah dilapikkan daun pisang atau daun pandan. Ketika dikukus, kacau sekali sekala supaya ianya masak sekata. Kukuskan selama 20-25 minit atau sehingga masak. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. Tuangkan santan yang telah digaulkan dengan garam sehingga santan semua meliputi pulut. Biarkan dalam 5 minit agar santan menyerapkan ke dalam pulut. Setelah itu, kacau dan arung pulut dan santan tadi selama 10-15 minit sehingga sebati dan nampak seolah-olah berminyak. Pastikan tiada pulut yang berketul. Jika rasa kurang santan, boleh tambah santan dan kacau lagi hingga sebati. Kacau ketika pulut dan santan masih panas. Jika telah sejuk, kurang menjadi dan pulut mungkin akan menjadi keras. Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi sekali selama 15-20 minit atau sehingga masak. Boleh tutup api dapur dan masukkan dalam mangkuk besar. Taburkan sedikit gula dan kacau rata bagi menjadikan pulut bersinar cantik. Ada juga yang memasak santan terlebih dahulu, sambil dikacau supaya tidak pecah minyak. Tuang ke atas pulut. Tak perlu dikukus lagi. Ada juga yang memasukkan santan cair dahulu dan kukus kali kedua. Kemudian masukkan pati santan yang dicampur dengan garam dan digaul dengan pulut ketika panas. Pulut siap. Pulut panas akan memasakkan santan. Pulut kuning yang sedap perlu ada rasa masin dan manis yang seimbang. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
Rendang Pedas Perak ini cukup terkenal di negeri Perak. Ya lah nama pun rendang pedas Perak. Kawan baik saya, Puan Mai Zatul Akmar pernah memberitahu yang orang Perak hanya memasak rendang pedas ayam di musim raya. Tidak rendang daging. Kalau daging, mereka akan memasak rendang tok. Itu pun biasanya untuk majlis dan kenduri sahaja kerana penyediaannya yang agak remeh dan memakan masa yang solat sunat Dhuha, saya melayan layan Instagram dan ternampak rendang pedas daging yang disediakan oleh Puan Sri Raja Noora yang memang orang Perak. Kata Raja Noora, rendang ini menggunakan bahan yang banyak dan daun kunyit pula mesti banyak dari rendang lain. Puan Sri dan anakanda beliau, Cho memang tak lokek ilmu kerana ilmu sebegini besar ganjarannya bila kita tiada lagi di dunia ini. Teringat pulak kenangan dulu dulu, menyediakan bahan bahan untuk rendang pedas ayam secara beramai ramai di rumah Bonda Mertua sehari sebelum raya. Mengupas dan menghiris berkilo kilo bahan bahan. Yang paling best bila saat berbuka puasa akhir Ramadhan, menceduk dan memilih bahagian rendang ayam yang disukai terus dari kuali. Makan ketika masih panas panas memang sedap. Berbuka puasa dengan duduk di lantai memang tak akan ada lagi pengalaman seperti ini. Cara arwah Bonda mertua saya menyediakan rendang pedas ialah dengan semua bahan diricik dan dihiris halus. Halus dan tipis tipis. Memang salute sangat dengan kegigihan. Yang dikisar, hanya kunyit hidup dan cili kering. Manakala bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun kunyit semua dihiris nipis. Kata kakak ipar, orang zaman dulu tak ada peti ais tapi rendang mereka tahan lama. Tak mudah basi. Kalau dihiris memang lebih tahan kerana tidak menggunakan kerana teringin nak makan, saya minta Hubby ke kedai runcit untuk beli ayam dan santan. Saya mulai memasak dengan menghiris bahan bahan sebab saya mahukan rendang yang sama seperti yang saya makan dulu. Sebelum ini, saya kisar semua bahan bahan hiris ni sebab mahu cepat. Saya juga keringkan dulu air ayam seketika sebelum dimasukkan bahan bahan hiris. Kemudian bila dah kering, baru masukkan santan. Kiranya saya tambahbaik cara penyediaannya berdasarkan pengalaman menyediakan rendang selama ini. Saya juga ikut cara kakak ipar saya yang memotong ayam kecil sahaja. Jadi lebih mesra dengan bahan bahan dan lebih kerana sangat berbaloi baloi. Sedap tak terkata. Masa berbuka, saya hanya makan rendang dengan nasi impit sahaja. Terasa sangat sedap seolah bertahun tak jumpa rendang. Sebetulnya sejak raya lagi, saya tak makan rendang walaupun saya yang memasaknya sendiri. Selepas memasak, terus rasa kenyang dan hilang selera makan. Pagi raya pun saya makan mee hoon goreng daun limau purut jer. Tak makan rendang hampir seminggu raya, baru terasa nak makan rendang, nak makan lemang, nak makan kuah lodeh, soto ayam. Aduhaai macam macam lah pula. Sukatan yang saya gunakan hari ini sangat sesuai untuk seekor ayam tapi jika suka lebih berserdak, bolehlah tambah lagi bawang bawang, halia dan serai serta santan. Kalau nak makan dengan nasi impit atau lemang, kita nak cicah dengan kuah yang berserdak tu, barulah sedap. Jom layan resipi yang saya gunakan hari ini dan cara penyediaannya. Selamat mencuba....Rendang Pedas Perak Versi Bonda MertuaBahan bahan1 ekor ayam½ kg santan segar pekat + air = 1 liter2 keping asam keping3-4 sudu besar kerisik kelapa goreng1 sudu besar kunyit hidup kisar - 3 inci kunyit hidup2-3 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukaiGaramBahan hiris halus15 biji bawang merah8 ulas bawang putih6 batang serai3 inci halia2 helai daun kunyit Cara caraMasak ayam sehingga air agak kering. Masukkan semua bahan hiris dan cili kering kisar. Kacau rata dan masak sehingga air hampir santan, asam keping dan masak sehingga terbit kelapa goreng, garam dan daun kunyit yang dihiris halus. Masak sehingga kering yang disukai. Boleh keluarkan asam keping, takut terlebih rasa. Sedia untuk suka rendang yang lebih berserdak, tambahkan bahan hiris dan santan segar.
resepi rendang ayam sedap azie kitchen